Monday, 13 January 2014

Mohon Keselamatan Dari Semua Musibah (Doa Abu Darda')

Menurut riwayat Ibnu Sunny, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ lalu berkata: ”Wahai Abu Darda’, saya lihat rumah engkau telah terbakar!”

Abu Darda' menjawab: "Bukan rumahku, kerana aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa membaca doa ini (doa di bawah) pada waktu pagi, terhindar dia dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanyaSekiranya doa ini dibaca pula di waktu petang hari, maka terpeliharalah dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya di malam hari." Aku telah membaca doa itu pada waktu pagi hari ini."

Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.

Allaahumma anta rabbii, laa ilaaha illaa anta ‘alaika tawakkaltu wa anta robbul ‘arsyil ‘adhiim. Maa syaa allaahu kaana wamaa lam yasya’ lam yakun walaa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘adhiim. A’lamu annallaaha ‘alaa kulli syain qadiir, wa annallaaha qad ahaatha bikulli syain ‘ilmaa. Allaahumma innii a’uudzu bika min syarri nafsii wa min syarri kulli daabbatin anta aakhidzun binaashiyatihaa inna robbii ‘alaa shiroothin mustaqiim.

“Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. PadaMu aku bertawakkal, dan Engkau adalah Tuhan dari ‘arsy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti pula tidak akan terjadi, tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Wahai Allah, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dari kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (iaitu jin,syaitan,manusia dan binatang) di bumi ini, Engkaulah yang mengendalikannya. Bahawasanya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.

Khasiat doa ini adalah ia mampu memesongkan kecelakaan yang datang kepada kita baik siang atau malam dengan izin Allah. Mengikut apa yang saya tahu kaifiat membaca doa ini ada setiap kali iaitu selesainya solat subuh dan solat maghrib. Apabila dibacakan selepas solat subuh insyaAllah akan diselamatkan dari kecelakaan sehingga tiba maghrib dan apabila dibaca selepas solat maghrib insyaAllah diselamatkan sehingga waktu subuh keesokan harinya.

Doa ini sangat bermanafat untuk kita semua dan percayalah semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah dan dengan izinNyalah yang dapat mengangkat segala musibah daripada menimpa kita.

No comments:

Post a Comment