Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri (Ar-Rad; 11)
Kata orang, kita tak boleh ubah takdir.. Takdir tu dah tertulis siap-siap di Lauh Mahfuz lagi.
Bila pena terangkat, lembaran pun sudah kering, maka itulah takdirnya.
Tapi sebenarnya pemahaman takdir itu luas. Sangat luas maknanya. Melangkaui pemikiran cetek manusia. Takdir bukan milik manusia tetapi milik Dia. Manusia takkan dapat mengawalnya. Perkara ghaib ini Allah sahaja yang tahu. Ia sangat misteri. Jadi apa yang berlaku sebagai takdir, adalah di bawah ilmu dan pengetahuan Yang Maha Esa. Ilmu-Nya yang tersangat luas.. Tak tergapai dengan ilmu manusia yang setitis cuma.
Takdir, perkara aqidah. Termaktub dalam rukun Iman yang ke-enam. Di bawah qada' dan qadar Allah..
Qada = pelaksanaan
Qadar = sukatan
Dan ia terbahagi kepada 2 bahagian; Qada Muallaq, Qada Mubram.
Qada Mubram = perkara yang kita tak mungkin akan ubah. Ia pasti berlaku dan akan berlaku, tanpa halangan. contohnya mati. Semua manusia akan mati kan?
Qada Muallaq = ketentuan yang tak semestinya berlaku dan ia bergantung kepada sesuatu.
Seperti dalam Hadis Nabi s.a.w.;
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa, Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik keada ibubapa. (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi)
Doa dan usaha adalah 2 benda yang boleh mengubah takdir. Tapi perubahan tersebut masih lagi tertakluk dibawah pengetahuan Allah Azza wajalla. Allah akan ubah mengikut ilmuNya.. Manusia hanya boleh berdoa dan berusaha, natijahnya Allah sahaja yang menentukan.
Wallahualam, soal qada dan qadar ni Rasulullah sendiri tidak menggalakkan para sahabat untuk memanjangkan perbincangan. Sebab perkara ghaib ni, pengetahuan yang Allah beri sangat sedikit kepada manusia.
Tapi kenapa bicara tentang takdir?
Dari novel Takdir karangan Hilal Asyraf. :) Katanya, takdir nie perkara misteri yang tak boleh dirungkaikan oleh manusia. Sebab ia urusan Allah, pemegangnya Allah.
Takdir itu dihujung usaha hamba..
Sebab kita tak tahu takdir kita. Jadi kita semua berusaha untuk dapatkan takdir yang baik, pengakhiran yang baik. Dan yakinlah usaha kita pasti dinilai Allah, dan dibalas dengan ramat dan keredhaanNya. Jangan pernah sesekali kata ' Inilah takdirnya,' tanpa usaha dan doa!
Serah bulat2 kepada ALLAH.
Ada dikalangan kita tersalah erti penyerahan kepada Allah kerana tanpa Usaha & Doa. Serah bulat2 pada Allah adalah setelah segala usaha dilakukan sehingga tiada daya upaya lagi selain Allah. contohnya kita bersandarkan diri, kalau kita tak usaha mencari dinding atau tempat menyandar mcmna boleh kita nak bersandar. ;)
Takdir yg tak boleh diubah.
Ia takdir yg tetap pada diri kita seperti contoh Musibah, iaitu seperti Kecurian, Kemalangan, Kebakaran, Kehilangan, atau Rompakan dan lain yg berkaitan dengan diri dan keluarga. Seandainya kita bersiap sedia dengan keselamatan rumah siap berkunci rapi, tetapi rumah kita diceroboh masuk oleh pencuri perompak, itu takdir yg tidak dapat diubah. Memang Allah memberi musibah atas Kifarah dan kita perlu Muhasabah diri.
Takdir ni mmg luas.. tak boleh nak dipertikai atau dipersoalkan dengan panjang lebar. sebaiknya ia semua urusan Allah. atas kita manusia pada ilmunya dan pengalaman masing2 atas kehidupan seharian. samada kita Redha atau Pasrah...
Mengapa Allah Tidak Ubah Nasib Kami?
Ibrahim Adham seorang ulama terkemuka pada abad ke-7 berkunjung ke Basrah, Iraq. Di sana, beliau diajukan pertanyaan oleh penduduk Basrah. Suatu persoalan yang berkaitan dengan doa. Tanya mereka, “Wahai syeikh, kami selalu berdoa kepada Allah kerana kami yakin pada firman Allah yang berbunyi ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan kabulkan doamu.’ Tetapi mengapa Allah tidak mengubah nasib kami?”
Lalu Ibrahim mengemukakan 10 perkara seperti berikut:
1.Kamu mengaku mengenal Allah tetapi hak-Nya tidak kamu penuhi (melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.)
2.Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak melaksanakan isinya.
3.Kamu mengaku mencintai Rasulullah tetapi sunahnya tidak kamu kerjakan.
4.Kamu mengaku bahawa syaitan itu musuhmu tetapi kamu tetap patuh kepadanya.
5.Kamu berdoa agar kamu dilepaskan daripada seksa api neraka tetapi kamu tetap melakukan dosa.
6.Kamu selalu berdoa agar dimasukkan ke dalam syurga tetapi tidak mahu beramal soleh.
7.Kamu mengakui kematian itu pasti datang tetapi kamu tidak pernah menyiapkan diri menghadapinya.
8.Kamu selalu membicarakan aib saudaramu tetapi kamu lupa akan aib dirimu sendiri.
9.Kamu selalu memakan nikmat Tuhanmu tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
10.Kamu kuburkan orang yang meninggal dunia tetapi kamu tidak mahu mengambil iktibar daripada peristiwa itu.

Terima kasih..ringkas n bermakna buat diri yg jahil
ReplyDeletekalau sy kurus tpi sye nk gemok . adekah sy bole mengubah takdir sye ?
ReplyDelete